SMK HAJJAH LAILA TAIB

SMK Asajaya No. 2

SELAMAT DATANG KE LAMAN SMK HAJJAH LAILA TAIB

 

Selamat Datang ke Laman Maklumat SMK Asajaya 2.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 16 Januari 2010 dengan menumpang bangunan SMK Asajaya. Sesi persekolahan dimulakan dengan 430 orang murid, 217 orang lelaki dan 213 orang perempuan. Kelas persekolahan hanya melibatkan satu kelas Peralihan, lima kelas Tingkatan 1, empat kelas Tingkatan 2 dan empat kelas tingkatan 4. Kelas Peralihan 6 orang murid, Tingkatan 1 seramai 174 orang murid, Tingkatan 2 seramai 134 orang murid dan Tingkatan 4 seramai 116 orang murid. Murid yang tinggal di asrama seramai 252 orang. Guru seramai 31 orang termasuk Pengetua. Staf sokongan seramai 3 orang. Murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah murid yang berasal dari kampung yang berdekatan dengan bangunan baru sekolah ini iaitu kpg Tambirat, Tanjong Apong, Sambir, Sebandi Ulu, Beliong dan Sungai Tanju yang bersekolah di SMK Asajaya. Guru-gurunya adalah sebahagian guru-guru SMK Asajaya, guru yang berpindah masuk dan guru yang baru diberi penempatan. Bangunan baru mula digunakan pada 22 Mac 2010. Bangunan baru sekolah ini termasuklah satu blok pentadbiran, satu blok akademik, satu dewan utama, satu dewan makan, empat blok asrama,18 buah rumah guru, sebuah rumah pengetua dan satu blok kemahiran hidup yang menempatkan makmal sains, makmal komputer, makmal bahasa dan bilik pendidikan seni. Kemudahan sukan termasuk padang bola sepak dan tiga gelanggang permainan.

Pada 15 Mac 2014, sekolah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Pada majlis itu juga nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib.

Video

678 views - 0 comments